SEKOLAH KEBANGSAAN LANAI

Sekolah Kebangsaan Lanai D/A Pejabat Pelajaran Daerah Lipis 27200 Kuala Lipis Pahang DM

cba3061.sklanai@gmail.com


Ko-kurikulum

             Ko-kurikulum dan akademik bergerak seiringan. Murid Sekolah Kebangsaan Lanai tidak ketinggalan menyertai setiap kejohanan sukan yang dianjurkan sama ada di peringkat sekolah,zon dan daerah. Pada tahun 2003 sekolah ini telah menempa nama dalam acara sepak takraw apabila menjadi Johan di peringkat zon dan seterus melayakkan diri bagi mewakili zon Padang Tengku. Seterusnya dua orang pemain daripada pasukan sepak takraw ini terpilih untuk mewakili daerah Lipis untuk perlawanan peringkat negeri.  Pasukan Lipis telah  mendapat naib johan dan johan bagi kumpulan.

              Selain itu sekolah ini turut menyertai pertandingan bola sepak, bola jaring dan bola baling yang dianjurkan di peringkat zon. Namun demikian nasib tidak menyebelahi kerana mungkin faktor fizikal tubuh badan murid sekolah ini agak kecil berbanding dengan murid sekolah lain.  Tidak ketinggalan juga acara olahraga yang mana layak mewakili zon Jelai ke peringkat daerah dalam acara lompat jauh selama dua tahun berturut-turut (2007,2008).

  

      Badan berunifom Pengakap, Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja Sekolah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Aktiviti-aktiviti dijalankan pada setiap hari Rabu selang dua minggu sekali. Dengan menyertai badan berunifom ini murid dapat mendisiplinkan diri dan membentuk sahsiah yang baik .

 

 

Free Web Hosting